Lagu mengurangkan Keserabaiaan Otak

Di Hari Tersebut

Memandangkan gua bakal habis belajar dalam 3-4 tahun lagi,insyallah....gua dah berfikir macam mana cara mak gua nak meminang anak orang bila tiba masanya nanti.Gua nak kasi peminangan gua hari tu rare dari yang lain.lepas gua kerja,gua tak mau terkejar-kejar nak beli kereta yang stylo macam brader-brader MLM,cukup la sekadar sebijik CBR 600RR buat tunggangan taktala gua nak pi layan bola di mapley.


Hari peminang tu,macam biasa la rombongan pi rumah pompuan.adab-adab bawak berapa puluh dulang semua gua kasi mak gua settlekan,gua kurang mahir.kalau boleh gua nak datang lambat sikit,baru dramatik.masuk je rumah pompuan,lepas pekena pantun dua tiga das,mesti mak pompuan 2 tanya camni.

"anaknya ni kerja apa..?"

lepas tu gua nak suruh mak gua jawab camni...

"anak saya ni kerja repair-repair je,ala-ala pomen gitu.kereta pun takde lagi,ada moto je sebijik."

Abis je ayat sebijik dari mulut mak gua tadi,gua sampai dengan CBR gua depan rumah tadi.kasi press 2-3 pam baru pulas kunci matikan moto.sampai depan pintu baru bukak fullface bagi salam kasi nampak anak yang soleh sikit.mak gua masa tu hanya mampu tersenyum dan angkat kening sikit membawa maksud 'Apa Macam....?!'

"Abah nak pergi Kelantan,nak cari rumah,nak ikut?"tanya En Ari kepada seorang budak yang sedang menyingkap usia kanak-kanak darjah 3."Nak..!!"jawap budak tersebut ringkas dan padat.walaupon musim persekolahan baru bermula,apalah sangat kelas math,kajian tempatan mahupun english bagi kanak-kanak segenius beliau.sambil main guli pun beliau sudah boleh menyelesaikan masalah 1 ringgit beli gula-gula 40 sen berapa baki,inikan pula subjek-subjek tersebut yang menjadi killer subjek bagi rakan-rakan sebaya beliau.

Berikutan mengikut En Ari ke Kelantan,maka terpontenglah persekolahan selama 2 minggu.setelah menjumpai kawasan strategik bagi penempatan baru di Kelantan,berpindahlah seluruh ahli keluarga kanak-kanak tersebut ke Kelantan.walaupun masih ramai awek-awek kelas yang menunggu giliran untuk berdampingan dengan kanak-kanak tersebut,namun beliau tidak mengendahkan mereka apatah lagi awek-awek kelas sebelah mahupun kelas sebelah kepada sebelah tadi.diusia semuda itu,di zaman surat menyurat masih lagi bergiat aktif hingga menyebabkan ramai postmen hampir give up dengan kerja sendiri,beliau masih belum mengerti maksud tersirat menjilat setem yang mengakibatkan surat sampai ke destinasi yang dituju."sungguh ajaib sekali.!!"cetusan hati si kecil.

penghijrahan tersebut membawa erti kepada kanak-kanak tersebut,daripada no 4 dalam kelas yang diperolehi di Taiping,terus melonjak ke no 1 dalam sekolah.daripada awek sedarjah yang beratur di Taiping melonjak sehiggakan senior dan junior turut mengambil tiket beratur."sungguh ajaib sekali..!!"cetusan kedua beliau.namun begitu,dalam keterampilan yang menarik mata sekalian warga sekolah,ada mata yang dengki mencemburui beliau.Syahmi bukan nama sebenar,merupakan otai dalam kelas 3T ketika itu mula mengorak langkah mencari pasal dengan beliau.di hari ketiga persekolah,berlakulah pergaduhan besar ala-ala Genji melawan Serizawa didalam kelas.hasil libasan rotan besi yang dilibas syahmi mengakibatkan jari beliau berdarah mencurah-curah keladang gandum,namun semangat hero beliau tidak luntur begitu sahaja,bingkas beliau bangkit,menyepak muka syahmi tadi lalu disusuli tumbukan laju-laju kearah kepala mengakibatkan syahmi kembali ke tempat duduk lalu menukup kepala ke meja diiringi tangisan tanda kecundang.otai yang dibanggakan selama ini terus luntur seperti baju ManU celup Klorox.selamba kanak-kanak tersebut tersebut pergi ke bilik guru memohon rawatan dari cikgu Mariah tanpa sikit pon perasaan kesal dari pergaduhan tadi.kepuasan menyepak syahmi tadi hanya tuhan saja yang tahu.

sekembalinya kerumah,ibu beliau sudah mendapat khabar angin pergaduhan tadi.namun mulut manusia yang penuh berbau longkang memutar belitkan cerita sebenar.mentaliti budak sekolah rendah yang menganggap si menang adalah jahat,yang kalah adalah mulia mengakibatkan beliau dicop jahat oleh jiran tetangga yang terpengaruh dengan cerita anak masing-masing.namun beliau peduli apa.ibu beliau sangat percayakan anak beliau dan tidak mudah termakan khabar angin mahupun khabar halilintar rakan sebaya beliau yang berhabitat berhampiran dipersekitaran beliau.tepat pukul 4.30,kepulangan En Ari dari kerja terus disusuli cerita anak beliau disekolah tadi.namun En Ari hanya mampu tersenyum lalu dengan selamba berkata...

"asal lambat sangat.?,ni kan dah hari ketiga,patut hari pertama lagi hang dah buat benda ni."

kanak-kanak tersebut turut tersenyum lalu mensyukuri kerana mempunyai bapa sesempoi En Ari...