Lagu mengurangkan Keserabaiaan Otak

SRC

2003


Time ni gua baru je masuk sekolah asrama,form 1. Macam sekolah lain juga, orientasi pasti akan dijalankan. Tujuan asal orientasi yang mana bagi mengelakkan kejutan budaya atau culture shock bak kata orang kampung gua pastinya diguna pakai oleh senior-senior sekolah untuk menunjukkan belang masing-masing meskipun ada antara mereka hanya berbulu cipan. Bagi menyelakkan kes ragging pula, seorang abang angkat atau akak angkat akan diangkatkan kepada budak-budak baru. Tapi ada juga abang@akak angkat yang ragging adik sendiri, mereka yang demikian gua klasifikasikan sebagai tapir angkat.

Time orientasi selama seminggu, senior-senior yang handel akan tanam satu penipuan yang gua boleh kata lahanat tahapnya. Lahanat tersebut berbunyi macam ni. "Orientasi ni ada orang amek markah,sape fail kene hantar SRC" kata senior yang handel group gua. SRC tu binatang apa..?? SRC ni diorang kata School Reject Centre, tempat kerajaan Malaysia buang pelajar-pelajar yang tak lepas orientasi. Gua mula-mula tak berapa percaya benda-benda tahyul ni, tapi lepas diorang sembang bukan main, gua pun start percaya. Tak boleh la nak salahkan gua,gua budak budak.!! Semangat tak semangat senior-senior gua nak gebang siap ada photostet keratan akhbar lagi kot pasal binatang SRC ni. Mana dapat gua tak tau. Photoshop time ni Bill Gate pun terkapai-kapai lagi nak guna. Mana gua tak telan.?!

SRC ni bak kata diorang, tak ada orang tau lokasi dia kat mana,tersembunyi.!! kalah markas CIA gua cakap lu. Boleh kata adik Henry Gurney la dia punya stendet. Parents tak boleh melawat suka-suka hati. Dia punya ragging tahap gaban, setakat basuh 5-6 baldi baju senior tu perkara stendet. Macam-macam lagi la gua tak tau nak ungkapkan macam mana. Tapi gua tak mudah gelabah. Gua tanya gua punya brader angkat. Ha..! lupa gua nak cerita pasal brader angkat gua, nama beliau Khalid, otai form 5. Otai-otai beliau pun bukan spesis tapir angkat, ngam dengan gua. Beliau kata kat gua takyah percaya cerita bangang tersebut. Beliau pun cerita satu-satu, diorang sebenar nak budak-budak ni semangat ikut orientasi, pastu yang kena angkut pergi SRC hari last orientasi diorang bawak pergi makan mee kat pekan. Dengan tak semena-mena gua rasa bangang seketika. Tapi macam gua cakap tadi. Gua budak lagi..!!

Lepas tau, gua bukan main lagi relex buat aktiviti orientasi, Member-member gua semua bersemangat waja, wira, exora dan macam-macam lagi spesis kereta proton yang ada. Ada yang nak mintak keluar sekolah pun ada. Time member-member gua sembang pasal SRC, gua tambah lagi cerita kasi seram, lepas tu boleh tengok la muka sekor-sekor nak nangis macam baru lepas kena bantai talipinggang kat punggung. Gua keluar gelak sorang-sorang. Mereka bangang atau gua bernasib baik.?!

Ada sekali senior gua jemput Pak guard sekolah kasi ucapan. Kata senior gua,Pak guard tersebut pernah kerja kat SRC. Pak guard pun bukan main lagi belasah gebang masa ucapan. Tak ada sekelumit pun rasa bersalah menipu kanak-kanak dibawah umur. Kalau jumpa lagi Pak guard tersebut, gua ingat nak ucap terima kasih guna kaki kat muka. Hari last orientasi, budak-budak baru disuruh packing barang masing-masing bawak turun bawah.Pastu kumpul kat dataran diorang nak umum nama budak-budak yang nak kena hantar ke SRC.Gua haram tak packing. Bawak bag kosong isi bantal je kasi nampak penuh. Senior-senior lain memainkan peranan. Siap ada banner bertulis 'ANDA TIDAK DIPERLUKAN'. Mana tak nangis budak-budak.Gua dan 2 3 orang yang seangkatan dengan gua tau pasal SRC senyum-senyum.Time panggil nama, macam-macam gaya yang ada. Ada yang ala-ala histeria, ada yang ala-ala mati awek, paling tak boleh blah ada member gua yang pengsan pasal nama mendapat seruan ke SRC.Gua dan member-member siap tepuk tangan. Lepas yang terpilih atau yang juga pelajar terbaik orientasi berangkat naik bas, yang berjaya tidak ke SRC diorang cerita balik benda yang gua dah tau seminggu lepas.Masing-masing kelihatan kesal dan merasakan diri mereka bangang seadanya. Gua tidak terlibat..!!

Dalam keseronokan mengetahui cerita sebenar, ada mata jahat yang memerhati tingkah laku gua. Taktala gua dalam perjalanan pulang ke bilik menyarung kembali bantal yang bersemadi dalam beg, sorang senior dengan muka tak puas hati sound gua mengatakan gua over confiden sangat ketika tepuk tangan tadi. "Ala-ala nak ragging gua ni" fikir gua. Namun, gua tenang, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sambil dalam hati gua berkata....~~


****************************************************



"brader angkat gua paling otai form 5..lu boleh buat hape..??"


Gelak SMS.

Gua kompius..dah lama gua main sms,tapi sampai sekarang gua tak reti-reti lagi nak guna gelak sms kat tempat yang betul..Ada tak sapa-sapa boleh ajar gua bila masa nak guna HUHU..HAHA..HEHE..WAKAKA dan banyak lagi kalau gua tulis semua haram penuh post ni..!!

Nasi Lemak Amsterdam

Penat naik bas pulang bercuti memang macam celaka.7 jam duduk atas kerusi agak-agak gua dah boleh melanggan anlene di usia 30-an.lenguh bhai..!!sampai kat hentian merapuh atau yang sebenarnya takde hentian pun,just gerai-gerai tepi jalan je.ni adalah hasil dasar pilih kasih PLUS tak mau bikin highway kat area ni,takpe,gua paham.

Gua dan makhluk-makhluk lain yang turut merasa ke'lenguh'han masing-masing menggeliat masa sendiri tanpa arahan dari ic bas,iaitu Jemi.gua hanya order air teh o panas nak kasi panas sikit badan.duduk je kat meja,baru gua sedar yang gua tak makan malam lagi,patut la perut gua tak abis-abis memainkan lagu M.Daud Kilau dari atas bas lagi.ternampak pulak budak-budak ni pekena nasi lemak,maka berangkat la gua mencapai nasi lemak yang sama dan terus ke kaunter.

"berapa..?" tanya gua.
"macam 1 je pakcik tengok..hahaha.takde la..RM2.50 je" jawap tokey di kaunter berjenaka.

jawapan jenaka bliau ditambah pulak harga yang tidak munasabah itu membuatkan gua rasa tak tentu hala.seakan-akan ingin menibai seorang tua bernama tokey.tapi gua coolkan perasaan gua,tak baik..!!tak 1 malayasia.duduk gua kembali ingin menikmati nasik lemak simple lagi bercost tinggi tersebut sambil meluahkan perasaan gua kat Syahir.

"mahal lak nasik lemak ni,dah la simple je"
"la..lu tak tau ke..?ni nasik lemak amsterdam la.sebab tu mahal sikit"

gua syak gua mamai bangun tido.bas yang gua naik menuju ke Netherland rupanya.tak pasal-pasal ter'pekena' nasik lemak amsterdam malam-malam buta camni.

p/s : Merapuh merupakan sebuah daerah di selatan belanda dan merupakan tanah kelahiran wesley Sneijder..

Kisah gua dan Gambar

Gua baru je lepas usha gambar time PLKN dulu kat page member gua dan gua dapati haram satu pun takde gambar gua.Gua syak tukang amek gambar tu memang tak suka amek gambar makhluk yang indah-indah.

Gua pikir-pikir balik,gua sedari gua memang kurang sangat ambik gambar dalam hidup gua.Jarang sekali muka gua menghiasi album-album yang terdapat dalam handset yang bermega-mega pixel apatah lagi megatron.Disebalik rakan-rakan yang suka mencapap taktala cover kamera dibuka,gua lebih suka melarikan diri dari himpunan yang sedang posing muka kiut sambil dua jari peace dilabuhkan di dahi mahupun pipi.gua pun tak tahu kenapa gua melarikan diri.Handset gua sendiri yang dilengkapi kamera tahap Masyaallah punya megapixel pun tak sampai 100 lagi gambar sejak gua beli.kalau orang lain gua cakap lu,100 gambar tu dalam sehari je sebagai contoh Dr Memek.

Tapi bila difikirkan balik,ambik gambar ni satu yang penting.Banyak memori-memori best dalam hidup gua hilang begitu saja sebab sikap gua ini.Gua sekolah SBP tiga tahun,gambar.??..haram.!! Sekolah atas bukit...??ada la sikit,tu pun event penting-penting je.PLKN 3 bulan...ada sikit,tak sampai 10...Itu pun dengan awek-awek cun.

Kalau ini berterusan,tak bolehlah gua nak melebat dengan anak-anak gua nanti.maklum la,budak-budak zaman moden tak boleh nak gebang senang-senang.kena ada bukti baru real cerita.Mulai hari ni,gua berazam nak ambik gambar banyak-banyak,kalau boleh gambar gua tido pun gua nak set timer kasi nampak sikit jalan hidup gua..

nota kaki : Blog Scootnoto Melebat pun masih belum merasa gambar gua didalamnya..satu hari nanti..satu hari...~~

sabo

hari ni gua syak ada orang sabo gua dalam formspring.soalan dia kat member gua tapi dia buat ala-ala gua yang tanya kat member gua pasal gua sendiri(kepada slow pick-up punya species sila tutup blog ini).soalan dia buat gua tak berapa sedap duduk,agak menjatuhkan air muka.mesti member gua ingat gua yang tanya soalan keparat tu.macam mana nak kasi settle ni.sape yang buat tu sila mengaku.gua kasi upah penerajang saiz 7 setengah ngam-ngam dekat tulang pipi belah kiri..!!

Di Hari Tersebut

Memandangkan gua bakal habis belajar dalam 3-4 tahun lagi,insyallah....gua dah berfikir macam mana cara mak gua nak meminang anak orang bila tiba masanya nanti.Gua nak kasi peminangan gua hari tu rare dari yang lain.lepas gua kerja,gua tak mau terkejar-kejar nak beli kereta yang stylo macam brader-brader MLM,cukup la sekadar sebijik CBR 600RR buat tunggangan taktala gua nak pi layan bola di mapley.


Hari peminang tu,macam biasa la rombongan pi rumah pompuan.adab-adab bawak berapa puluh dulang semua gua kasi mak gua settlekan,gua kurang mahir.kalau boleh gua nak datang lambat sikit,baru dramatik.masuk je rumah pompuan,lepas pekena pantun dua tiga das,mesti mak pompuan 2 tanya camni.

"anaknya ni kerja apa..?"

lepas tu gua nak suruh mak gua jawab camni...

"anak saya ni kerja repair-repair je,ala-ala pomen gitu.kereta pun takde lagi,ada moto je sebijik."

Abis je ayat sebijik dari mulut mak gua tadi,gua sampai dengan CBR gua depan rumah tadi.kasi press 2-3 pam baru pulas kunci matikan moto.sampai depan pintu baru bukak fullface bagi salam kasi nampak anak yang soleh sikit.mak gua masa tu hanya mampu tersenyum dan angkat kening sikit membawa maksud 'Apa Macam....?!'

"Abah nak pergi Kelantan,nak cari rumah,nak ikut?"tanya En Ari kepada seorang budak yang sedang menyingkap usia kanak-kanak darjah 3."Nak..!!"jawap budak tersebut ringkas dan padat.walaupon musim persekolahan baru bermula,apalah sangat kelas math,kajian tempatan mahupun english bagi kanak-kanak segenius beliau.sambil main guli pun beliau sudah boleh menyelesaikan masalah 1 ringgit beli gula-gula 40 sen berapa baki,inikan pula subjek-subjek tersebut yang menjadi killer subjek bagi rakan-rakan sebaya beliau.

Berikutan mengikut En Ari ke Kelantan,maka terpontenglah persekolahan selama 2 minggu.setelah menjumpai kawasan strategik bagi penempatan baru di Kelantan,berpindahlah seluruh ahli keluarga kanak-kanak tersebut ke Kelantan.walaupun masih ramai awek-awek kelas yang menunggu giliran untuk berdampingan dengan kanak-kanak tersebut,namun beliau tidak mengendahkan mereka apatah lagi awek-awek kelas sebelah mahupun kelas sebelah kepada sebelah tadi.diusia semuda itu,di zaman surat menyurat masih lagi bergiat aktif hingga menyebabkan ramai postmen hampir give up dengan kerja sendiri,beliau masih belum mengerti maksud tersirat menjilat setem yang mengakibatkan surat sampai ke destinasi yang dituju."sungguh ajaib sekali.!!"cetusan hati si kecil.

penghijrahan tersebut membawa erti kepada kanak-kanak tersebut,daripada no 4 dalam kelas yang diperolehi di Taiping,terus melonjak ke no 1 dalam sekolah.daripada awek sedarjah yang beratur di Taiping melonjak sehiggakan senior dan junior turut mengambil tiket beratur."sungguh ajaib sekali..!!"cetusan kedua beliau.namun begitu,dalam keterampilan yang menarik mata sekalian warga sekolah,ada mata yang dengki mencemburui beliau.Syahmi bukan nama sebenar,merupakan otai dalam kelas 3T ketika itu mula mengorak langkah mencari pasal dengan beliau.di hari ketiga persekolah,berlakulah pergaduhan besar ala-ala Genji melawan Serizawa didalam kelas.hasil libasan rotan besi yang dilibas syahmi mengakibatkan jari beliau berdarah mencurah-curah keladang gandum,namun semangat hero beliau tidak luntur begitu sahaja,bingkas beliau bangkit,menyepak muka syahmi tadi lalu disusuli tumbukan laju-laju kearah kepala mengakibatkan syahmi kembali ke tempat duduk lalu menukup kepala ke meja diiringi tangisan tanda kecundang.otai yang dibanggakan selama ini terus luntur seperti baju ManU celup Klorox.selamba kanak-kanak tersebut tersebut pergi ke bilik guru memohon rawatan dari cikgu Mariah tanpa sikit pon perasaan kesal dari pergaduhan tadi.kepuasan menyepak syahmi tadi hanya tuhan saja yang tahu.

sekembalinya kerumah,ibu beliau sudah mendapat khabar angin pergaduhan tadi.namun mulut manusia yang penuh berbau longkang memutar belitkan cerita sebenar.mentaliti budak sekolah rendah yang menganggap si menang adalah jahat,yang kalah adalah mulia mengakibatkan beliau dicop jahat oleh jiran tetangga yang terpengaruh dengan cerita anak masing-masing.namun beliau peduli apa.ibu beliau sangat percayakan anak beliau dan tidak mudah termakan khabar angin mahupun khabar halilintar rakan sebaya beliau yang berhabitat berhampiran dipersekitaran beliau.tepat pukul 4.30,kepulangan En Ari dari kerja terus disusuli cerita anak beliau disekolah tadi.namun En Ari hanya mampu tersenyum lalu dengan selamba berkata...

"asal lambat sangat.?,ni kan dah hari ketiga,patut hari pertama lagi hang dah buat benda ni."

kanak-kanak tersebut turut tersenyum lalu mensyukuri kerana mempunyai bapa sesempoi En Ari...

Gua, Batman Selamanya..

gua dari kecik lagi meminati filem batman..gua ingat lagi mase gua tadika dulu.gua gunting iklan filem batman main kat wayang mana dan semestinya yang gua cari ialah panggung wayang hamjadah hape name gua tak ingat kat Taiping.gua simpan gunting n simpan ari2 iklan batman dari Batman yang first,sampai la Batman N Rodin..eh2.!!!ROBIN...


kalau ari yang ditunggu-tunggu 2 sampai,tak sampai bapak gua bukak pintu keta tyme balik keje kul 5 lagi gua da melulu kearah beliau berbekalkan iklan yang digunting tadi..malam 2 pe lagi..kalau x pegi tengok jugak,jawapnya pecah la lantai umah gua dulu gua mengamok.tapi yang best mase nak tengok wayang ni,family gua ade tradisi tetap iaitu pi pekena KFC dulu baru pi layan wayang..tradisi ni da diamalkan dari gua duk kat ipoh lagi dimana 4 beranak menaiki moto yamaha kaler biru bapak gua.pandai-pandai la lu bayang besar mane gua ngan kakak gua tyme 2 sampai bleh muat moto nek 4 orang.

tapi..gua xpenah minat pon nak jadi batman tyme 2..gua just nak jadi robin je tyme kecik2 dlu.watak batman lak gua kasi kat jiran gua dulu name Helmi sebab bliau ni tua setaun dari gua.kegiatan batman n robin yang kerap kami lakukan adalah memanjat tembok umah gua serta panjat atap tadika kemas Kg Pinang lalu melepak berbekalkan kuaci ditangan.ketika 2 jugak gua dan Batman Helmi telah berjaya membangunkan markas kami beserta batmobile sekali.caye tak caye...lu tanye gua.....!!!


p/s:gua dapati cite bruce wayne n rachel dalam The Darknight same cam cite gua je..pas2 tetibe je teringat kat keobsessan terhadap batman zaman mude2 dulu..maka terhasil la post ni..!!

Member tadika.

"Mukebuku mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terpisah"

kata-kata poyo diatas adalah suatu yang amat tepat bagi gua taktala sedang meng'approve'kan fren-fren yang baru meng'add' akaun mukebuku gua disuatu hari yang suam-suam milo suam.dalam khalayak yang meng'add gua sehingga tak cukup tangan melayan,ade sorang minah skali dengan msg bliau tibai.dalam kepala gua sudah tentu ayat-ayat manis hendak berkenalan,namun sangkaan gua meleset.rupa-rupanya member tadika gua mase kat Kg Pinang,Taiping dulu.Name bliau Farahin Musa,disebabkan mase gua tadika dulu bersepah yang name Farahin,terpaksa la gua membezakan Farahin-Farahin ni dengan ingat name bapak mereka skali.

tak sangka pulak gua yang die ni ingat lagi gua.member tadika kowt.kalau gua la,duk sebelah-sebelah pon kompem gua tak hinggat lagi.cite sal Farahin ni,bliau ni awek first member baik gua nama Najib bin Nayan yang merupakan kasanova di tadika gua.Name awek Najib ni yang sorang lagi pon Farahin jugak..(tengok..!!!sahih tak gua kate tadika gua ramai Farahin).mase gua tadika dulu,ade pertandingan nyanyi lagu P.Ramlee ngan lagu Saloma,Farahin ni la yang wakil tadika gua jadi saloma dan dapat no 3 tak salah gua.gua pulak terpilih wakil tadika gua jadi P.Ramlee hasil kemantapan vokal gua mase 2,tapi gua tolak sebab bayaran yang tak munasabah punya rendah dengan vokal mantap gua.Cikgu Ruby berkali-kali datang umah mintak tolong mak gua pujuk gua masuk,siap bagi kaset P.Ramlee lagi suh praktis,tapi gua terpaksa tolak.kekeciwaan Cikgu Ruby tak dapat gua gambarkan dengan kata-kata.

agak-agak lu la..lau gua terima jadi P.Ramlee dlu kan,mesti gua jadik lagi mantap dari Sean Ghazli skang bukan..?!


"Kecewa gua"

Cuti wesak 3 ari yang dianugerahkan umpama tak bermakna pada gua taktala banyak bayaran yang perlu disettlekan bulan ni.ke'best'san kota metropolitan Kuala Lumpur yang dahulunya menjadi buah mulut budak-budak sekolah lama gua sudah tidak membawa ke'best'san langsung dalam hidup gua.mana taknye...da 4 taun da gua duk sini.disebabkan tak keluar bercuti,gua melepak je la kat apartment gua yang serba serbi lengkap lagi tersergam indah diatas bukit.perut yang masih belom terisi memaksa gua membuat keputusan drastik melangkahkan kaki ke kafe yang hanya sekangkang beruk matyeh dari apartment gua.bersama-sama gua adalah Stuart ngan Bajau yang gua arahkan jadi benteng kalau-kalau ada orang nak tembak gua.

kaki gua langkahkan bertenaga menaiki tangga membawa ke kafe yang terletak di tingkat atas.sampai je kat kafe gua hayunkan pantas tangan menyambar pinggan terus gua buh nasik lemak bersama-sama ikan keli goreng.brader kaunter yang tergamam dengan kepantasan gua hampir-hampir nak ambik gua kerja kat sana dengan bayaran setaraf Cristiano Ronaldo,tapi gua tolak.sekali gua angkat penumbuk beserta jari telunjuk kasi keluar lalu berkata."milo ais gelas besar 1,kurang manis ek".terus brader tadi terpelanting ke belakang terkejut umpama iklan mentor mas idayu TV3.gua melangkah konfiden menuju ke meja diiringi bajau ngan stuart yang masing-masing beserta makanan masing-masing.

elok gua melantak datang sorang awek pekerja yang dah gua perasan dari mula-mula masuk tadi lagi namun tidak mendapat perhatian sebab bukan taste gua,datang kemas paper yang berterabur atas kurusi sebelah gua.bliau senyum,gua balas balik.lalu dengan konfiden bliau tanye gua tanpa sebarang salam mahupon Namaste.."ade facebook tak.?" gua balas lembut "facebook..?facebook tu mende..?" tanye gua buat-buat blur."facebook..!!ala mukebuku"tanye bliau bersungguh-sungguh diiringi ketawa kecil. "owh..facebook yang ramai orang maen tu ek..gua takde facebook,gua ade Hi5 je" terus beliau muncung lalu berlalu tanda paham bahawa memiliki fb gua sudah menjadi perkara mustahil dalam hidup bliau.gua meneruskan makan seperti biasa sebab nak pegi karok lak.

Blog Scootnoto Melebat ke nih..?

Jap-jap...jangan rasa tesalah taip atau terpeleot jari ketika menaip..sesungguhnya anda memang berada di Scootnoto Melebat.Ya..gua da tukar template gua supaya sedap mata memandang dan mengurangkan keserabaian minda dan fizikal lu orang yang memang dah memang sejak azali lagi begitu ditambah pulak apabila membaca blog gua ni.


Tema yang gua kenakan pada blog gua ni tak lain dan tak bukan bertemakan warna 'Sheng' atau lebih dikenali dengan warna oren oleh kaum manusia yang bernama melayu.ni kaler fav gua masa kecik-kecik dulu.kalau suka angkat tangan dan laungkan 'GUA SUKE KALER BLOG LU!!' dan kalau tak suke pon sila la ulang ayat yang sama sebab yang tu saja yang bleh lu smua laungkan.

Duit tak jamin Kebahagiaan,tapi.....

Ya...Btol kata banyak makhluk laen yang duit tak menjamin kebahagiaan.tak syak lagi.!!malah duit bleh bawak lu orang ke Hospital Bahagia,Tanjung Rambutan lagi.ok la 2..bahagia jugak bukan...tapi yang tu bukan yang gua nak cite..gua nak cite mende laen..hape dia...Haa..!!yang tu yang kita tak tau..!!hahhaa

gua nak cite sal duit gak.Bak kata seseorang yang gua penah jumpa tak lama dulu,iaitu cikgu Plkn gua..Alah...Plkn lagi..tak pelah..bliau berkata..
"duit tak menjamin kebahagiaan,tapi kebahagiaan itu sendirik memerlukan duit.."
gua dengar je ayat tu teros naik turun jantung gua.gile gempak ayat bliau.cikgu gua ni pon bukan calang-calang orangnye.bliau keje kat syarikat perkapalan hamjadah pe gua tak ingat kat penang.bliau ni engineer tak salah gua.keje jadi cikgu plkn ni bliau suke-suke je wat abiskan mase terluang daripada pi buat cerita kedai kopi dengan kaki kopi tegar kat kedai mamak sambil pekena tandori garlic.bulan-bulan ade la masok 30-40k (gua bersembang tentang gaji.bukan berat beras bliau beli tiap-tiap bulan,kalau ade yang terpikirkan pasal beras,sedarlah bahawa anda adalah seorang yang bebal).

gua terpikir balik,btol tanpa syak Wasangka mahupon LUsangka lagi kata-kata bliau tu.zaman DoReMi dulu boleh la takde duit boleh bahagia.nak makan,pi kedai cari lebai pastu ngaku sedara pon da cukup.zaman sekarang da laen.gua sendiri penah idop dalam keadaan senang,sederhana ngan susah.gua boleh tau camna beza ketiga-tiga keadaan ni.lu orang tak yah nak kencing gua kata gua tak idop dalam keadaan lu,gua takkan paham...haaa...!!maka akan sampailah kaki bersaiz 7 setengah ke muka kalian bersama-sama pelempang jepun.
gua bukan nak claim.tapi kenyataan zaman sekarang.

duit itu penting.tapi kenalah yang halalantoibba,bukan haramwaljadahan.cite-cite dalam cerekarama ke,samarinda ke,mirinda ke,100plus semua tu menipu je tu.gua sikit pon takde perasaan nak hina ke,kutuk ke kat orang kurang berkemampuan ni.harap maaf kat sape-sape yang terasa begitu.apa yang gua cube terangkan ni adalah kepentingan duit dalam mencapai kebahagian.kalau hidup selalu je ade masalah letrik tak bayar,hutang sana-sini,keta tertunggak dekat 5-6 bulan sampai nak kuar pon takut kete kene tarik,sedara-mara pon sampai menyampah tengok muke sebab utang tak bayar,boleh bahagia ke macam tu...?kalau tanye gua sudah tentula tidak jawapnye..

lagi satu gua nak cite pasal perangai makhluk yang bernama manusia yang pandai berdrama.kalau orang berduit..masyaAllah.!!macam Brad Pitt masuk kampung gua cakap..orang ni ngaku sedara,yang tu ngaku sedara, yang lahir sebelah katil kat hospital dulu pon nak ngaku sedara ape cer..?!!.bukan maen lagi layanan diorang.yang muka masam macam cuka pon boleh senyum cam kerang busuk.yang kurang berduit lak macam bangla buat jalan je diorang layan.tak patot tak patot..gua pon da malas nak karang panjang-panjang sebab internet gampang ni da macam chipsmore kejap ade kejap takde..
kalau tanye gua nak bahagia gua bagi 2 jalan je..

jalan 1 :beranakkan ke,tuai ke takpon jana duit banyak-banyak.tak kaya pon takpe,janji tak sesak.

jalan 2 :pi guling-guling kat Midvalley,kacau orang dating 2-3 pam,ha..!!sampai la la lu orang ke Hospital Bahagia..

Tobat tak mau dah guna beta-beta nih.!!

beta..alah..sekali lagi..GUA.gua da tak mau dah guna beta dalam blog gua ni.tak pasal-pasal gua kene cekup dengan bro-bro polis lak nanti.biasa la.skang kan tengah panas isu budak plkn mengaku anak tengku mahkota pahang ari tu.perghh..tobat gua tak mau guna dah beta-beta ni lagi.

tapi gua tengok budak plkn tu bukan maen pandai lagi bliau gebang orang.siap bagikan pangkat kat budak-budak bliau lagi.gua pon penah gak gi plkn dulu.tapi tak terpikir lak gua nak buat macam tu.kalau la gua terpikir,gua nak mengaku yang gua ni anak...anak...anak sape-sape pon gua tak kisah la..janji membawa kepentingan kat gua.hahahha.pe macam.kalau macam tu hooi-hooi pon tak de la sombong-sombong dengan gua.nak tau sape hooi-hooi..pi tanya budak plkn sekali ngan gua..

Tulah beta besaq bhai..

bersempena dengan kehilangan hset beta yang dah genap seminggu lamanya dan beta dah jadi tak tentu hala dibuatnya,beta nak berpesan la kat sape2 yang maseh ber'hset' supaya janganlah ada yang nak kutuk-kutuk ataupon caci-mencaci beta yang kehilangan hset ni sebab korang bakal menerima penerajang padu saiz 7 stengah yang tu dah kompem,malah korang jugak akan kehilangan hset sama mcm beta..YA!!!sebab hape,dalam minggu ni je dah 3 hset menyusul pemergian hset beta dan ada antaranya yang kutuk-kutuk beta..hahhaha...2 la,kutuk tak hinggat..beta rasa beta bertulah jugak la...dan kepada yang kehilangan hset 2,beta mendoakan korang tak makan la bulan ni coz nak kumpol duit kasi beli hset baru...hahhaha..?

Enpon beta...waaaa!!!!

beta bengang tahap gaban makan cipan tanah 2 ari nih..!!pasal pe...pasal enpon beta ilang bersama-sama ngan beg laptop beta...naseb baek laptop x ilang skali..lahanat mane cilok beta nye bag beta tak tau.tapi beta saspek mesti mamat@minah tu tersalah amek beg kat dewan mencekik lidah dan perot u beta.. tuk pengetahuan sume..kat u beta ni smua beg lbey kurang jeh.kaler itam.bak kate pepatah itam itu uli..!!hahha(jgn marah r uli).da tu kalau tersalah amek beg bukan reti nak letak balek tempat asal.diorang pau hape yang bes2 dalam beg 2 pastu pi buang merate2, tak pon bagi kat bangla construction buh tea ais ngan roti capati wat bekal tengah ari.

yang paling memilukan ati beta ialah enpon beta yang beta guna sejak zaman berzaman pon ilang.walaupon kerapkali dihina dengan cacian mintak penerajang oleh member2 beta,beta sayang bhai enpon 2.dan yang paling memanaskan lagi tumit beta nak turning kick pencilok tersebot adalah simkad beta yang penoh dengan nombor2 ilmiah serata dunia.beta ni bukan spesis ingat nombor orang,satu-satunya nombor yang beta ingat dalam enpon beta adalah nombor bapak beta sebab mase skolah dulu beta kene dail kat sejenis pondok usang yang dipanggil public phone.lu orang kasi la no cun cam maya karin pon,beta kompem tak hingat nye.
dulu penah gak beta ilang enpon sepam,pasal tu gak la beta da banyak lost kontek nyan member-member lama beta..pastu diorang kate beta sombong..tak patut bukan..hahahha.mungkin ni petanda suh beta beli enpon baru kot.takpe..beta da usha N97 mini paling koman pon E72.berbuih la Dr. mimi tengok enpon baru beta nanti.

rezeki yg melimpah ruah ke ladang gandum episod 2

sambung balek sesi RYMRKLG(Rezeki Yang..aish..!!baca la sendiri tajuk kat atas balek..)..kali ni mase cuti yang 3rd lak..sedang geng2 beta duk lepak kat mamak,terbitlah beberapa idea best untuk menghabiskan malam minggu yang maseh muda seperti kuala muda xpon muda-mudi..tyme 2 ad la dekat 7 8 orang kat mamak duk lepak..idea-idea yang common seperti tengok movie,bowling,karok pastinya terbit coz memang 2 je pon yang bleh buat kat area nih..

ok la..set tengok movie sume cite sherlock holmes..(btol x beta eja nih xtau).pi tengok tiket abes.adoi la..cuti2 camni bagi la kat kitorang nih lak tengok movie..yang leh kuar ari2 2 xyah r tengok tyme nih..ni la manusia..Dengki.
xpe2...2kar lak nak gi karok kat KTV..masok2 je je kuli tukang layan tanye."bro2 ni umor brape..?"..."dopploh..asal..?"..."xleh masok la bro..malam ni ade rush.kene lbey 21 baru boleh malam2 cam gini.." adoi la..pekerja bley lak bawah umo.beta tengok pelayan tadi 2 cam baru abeh SPM je pon..Polis pon sebuk je nak wat rush malam2 minggu nih.pi duk umah layan anak tengok wonderpet lagi bagos r..disebabkan 2 kali dihampakan,beberapa orang member beta give up..nak balek tido.tinggal la 5 orang je lagi..
"kita pi CC la...layan Counter strike sampai lebam jom..?" terbit lak satu idea x brape bernas tapi bleh r..kung-kang2~ meeting..set la..jom..perjalanan pon bermula la kali ni x berliku-liku coz jalan straight ja..jalan punya jalan..mata beta ternampak helaian bersinar kat tepi bas hentian pudu..tyme 2 xde orang pon kat area 2.beta tengok tol2 blek..eh2 duit rm50 baru..beta hulur tangan mencapai..harapan beta meleset..beta sangkakan ia sehelai rm50..rupa-rupanya tidak...!!kecewa dihati beta...rupa-rupanya ad 2 helai rm50...hahhaha.(suspen bukan..?).hapa lagi..CC sume beta payung..3 jam sorang..balek 2 plak pi layan snuker lak..sume beta payung..rezeki x elok guna sorang2...(bukan makan tau)..

p/s :1 malam je da abes da rm100

rezeki yg melimpah ruah ke ladang gandum..

beta pon xtau la asal 2 3 menjak ni banyak lak beta dapat cuti ujung minggu..slalu bukan maen lagi susah nak dapat..!!3 minggu berturut-turut lak 2..beta seperti biasa tak mensia-sia kan cuti yang ada dengan xtvt yang berfaedah seperti membelasah veteren komunis kat chinatown,tolong pancitkan tayar moto mat-mat rempit so mereka xkene masok spital coz xciden,dan pow cina mabok..berfaedah bukan..?hahha

yang paling bes adalah cuti yang 2nd dan 3rd..kita setat dengan yang 2nd dulu.memandangkan syidee and da gang ade sewa keta,n kebetulan lak malam 2 diorang nak layan midnite movie kat 'Darab Petak',beta,topek n someng menggunakanlah kesempatan yang ada untuk pinjam keta mereka td..Xlama....ada la dlm 3 jam.hahaha.dapat je keta,pe lagi..pusing2 la KL 2 3 pam..dipendekkan cite..mase nak balik anta keta disebabkan shidee and da geng da panas pale tunggu keta x anta2 lg...beta as da driver yang patuh,berenti la bile lampu merah..tetibe jeh..BANGGGGG!!!..seekor keta hyundai tercium bontot keta beta..tengok2 belakang,cina mabok rupanya...cibai..!!!
Topek menggunakan ke'gengster'an yang dianugerahkan kat bliau menguruh apek mabok 2 berenti kat tepi taktala lampu hijau..beta turun tengok...ala....calar cikit je pon kat bumper.tuan nye kete pon x sedornye..tapi keinginan mengepow apek mabok membuak2 dalam naluri beta dan 2 ekor lagi mangkok ni..hahha..bising2 ngan cina 2 pon x guna sebab bliau mabok.bliau kata..."aiyaa..gua xdak nduit ma..ikut gua gi chinatown la.gua ad member mintak kasi settle.."..
disebab kan apek ni mabok n xnak kasi bliau lari..topek dberi kepercayaan drive keta apek nih.dalam perjalanan yang berliku-liku ke chinatown,someng kat blakang duk kecoh2..."scoot jangan scoot..tempat bliau nih.."(tone cuak)..beta kata lex r..lagipon beta tengok apek nih skema len macam je..sampai je kat chinatown memang sah la apek nih x gengster coz member bliau 2 amoi je pon pastu ad sorang lagi apek member amoi 2 yang lagi la x gengster langsung..kung-kang3~....trio nih bersuara serentak ala boria gitu.."ni keta sewa la..kalau xciden kene denda..kalau keta kitorang xkisah pon coz sikit sangat..calar kat bumper 2 line je pon..rm150 dah la" diorang tung-tang3 balek~...settle rm120..naseb bek amoi 2 cun..kalau x mau rm200 kitorang rembat.lagipon malas nak kecoh lama-lama..hahha
pas2 apa lagi..blah la kitorang dengan hati riang ria bersama nestle cornflic hantar keta kat shidee n da gang walaupon diorang da panas bontot da tunggu.hahha

p/s 1:duit 2 beta x wat makan r..beta wat men bowling,karok,arcade n snuker walaupon x reti sangat...
p/s 2:shidee n da gang x pasan pon memule,tapi integriti kami yang memaksa nak gtau diorang..baek bukan beta..?