Encik Din dan Blog Beliau

Lagu mengurangkan Keserabaiaan Otak

Orientasi Gambar dan Mukabuku

"Kenapa ko nak kaco idop ak.Semua cite ak ko cite kat orang.Skang ko bukak lak pasal family ak pastu kasi tau orang lain.ko igt ak ape.!!"

Begitulah post 'kakak' gua yang tibe-tibe menyentapkan perasaan gua kasi panas lain macam.kalau 'kakak' gua dak post pasal orang menyibuk hal family ni memang gua alergik sikit.Gua dengan rasa panas teros mengomen berbunyi

"Ni sapa yang duk men family2 ni ha..??ang kasi tau sket biaq dia kenai sket family ang", tulisan gua di ruangan komen disertakan bersama hayunan cergas cursor ke butang comment.

Memandangkan google chrome gua ada extension FB photo zoom, gua sekali lagi menghayunkan cursor ke gambar profile beliau.

**************

Dengan pantas gua remove balik komen tadi dan sepantas cheetah gua remove 'kakak' gua dari mukabuku gua beserta tumbukan padu kearah screen laptop sampai berlubang..
































***********
Zoom2 je gua dapati yang gua sangkakan "kakak' tadi bukan lah Kakak gua tapi seorang awek yg bru sahaja fren dengan gua.Pasti awek tersebut menganggap gua tak betol sebab komen marah tak tentu pasal kat mukabuku beliau.~~



P/s 1: Dalam hal ni gua salahkan orientasi gambar awek tersebut yang sepesen dengan orientasi gambar mukabuku kakak gua.Sape suh pozing same dan berlatar belakangkan pemandangan yang sepesen..??

P/s 2 :Potograper mana yang cipta pozing sepesen tersebut sila jumpa gua.Gua nak sepak muka kasi darah keluar ikot telinga...

Nak Jadi Model..???

Zaman dulu kalau nak jadi model bukan maen susah.Dulu kalau nak jadi model kena ada muka yang cun ataupon hensem.Tuan tak boleh pendek-pendek,kena tinggi-tinggi.Kulit pulak tak yah sembang..kena macam orang cakap 'bak kulit pelam di buat layang-layang'.Muka pulak kalau stendet muka melayu-melayu takde orang nak layan,muka kena stok ala-ala mat saleh.Kalau mix lagi bagus,tapi jangan mix ngan nigger la, sebab melayu mix ngan nigger ni orang tengok lebehkurang anak orang asli je.

Tapi sekarang ni dah tak macam tu dah.Nak jadi model senang je.tak caye..?seyez gua cakap senang.Camni je..

1) Pergi beli tudung plek-plek sikit.Kalau boleh dia punya lilit kat kepala tu biar dalam 2-3 belas kali punya lilit.Yang lilit ala-ala lilit mayat lebih berkesan.Pastu biar ada cam batu-batu tergantung sikit.Kerongsang kat atas dahi jangan dibuat perkara maen-maen,kasi sangkut atas dahi angkat sikit tudung tersebut.

2) Baju mesti ala-ala muslimah,tak leh kasi nampak kulit walaupon sebesar bulu hidung semut.Ketat tak ketak selalunya diorang abaikan.Namun begitu baju kelawar yang dulunya hanya dipakai buat tido oleh makcik-makcik turut boleh dipakai tanpa segan silu kerana ke keanehan tudung di atas bakal membuat baju kelawar tadi kelihatan hebat.

3) Add fb member-member yang maen DSLR.Sebelum tu bubuh gambar bersama lilitan berbelas kali tudung tadi dalam profile.kompem DSLRians ni amek lu jadi model.Nak asah bakat la katakan.

4) Muka cun tak cun belakang kira.Kalau yang tak cun bajet cun gila babeng bersama tudung plek ditambah pulak kerek pon takpe,sebab kalau gua jumpa depan-depan boleh gua buat target sepakan kemuka bertubi-tubi sampai pecah.Kalu tak bejet cun dan tak kerek takpe,gua respek.

Senang bukan nak jadi model sekarang ni..??

Kueh

"Milo kosong 1 kak.."mohon gua kepada makcik pembuat air.

"Wokeh" jawab beliau pendek

Gua membawa gelas berisi milo tadi ke tempat yang sudah sedia asal dihuni oleh 3 member gua yang terdiri daripada Ling,Black dan Ikhwan.Milo kosong tadi gua hirup pelan-pelan.Nikmatnya tuhan sahaja yang tahu setelah berhempas pulas badan gua menahan kesejukan yang amat sangat di dalam kelas yang ekonnya stendet peti ais menyimpan daging impot.

"Kueh kat sini murah gak kan."kata Black tetiba..

"Wey,kat kelantan 20 posen lagikan kueh.."tambah Ikhwan pula bertanyakan kepada gua memandangkan hanya gua yang berasal dari Kelantan..

"Ye kot..gua pon da lama tak beli kueh.."jawab gua

"Pale hotak lu murah..gua beli kueh kat sini la paling mahal penah gua beli.."sampuk Ling tak puas hati.

"Seyez r..berape..??"tanya black bersungguh-sungguh..

"1.50 dowh..bapak mahal.."jawab Ling pula beria-ia..

"Gile hape..kueh hape sampai 1.50" tanya black hairan..

"KUEH TEOW"..jawab Ling sambil menyantap tanpa rasa bersalah..

Gua capai hset terus call Dewan Bahasa Dan Pustaka,lalu menengking A. Samad Said sebab tukar nama makanan tradisional tanpa buat pekeliling..!!

Roti Pisang.

Suasana hari sabtu yang indah di padang terpaksa gua lupakan buat waktu ini kerana terpaksa menhadiri ujibakat Kuiz 1Malaysia. Seruan RTM yang amat terdesak akan kehadiran gua bagi menyinari rancangan tersebut tidak dapat gua tolak. Bakat yang dikurniakan perlu gua adaptasikan dalam kehidupan bagi menguntungkan sesetengah pihak. Tambahan pula host rancangan tersebut, Dafi AF, rasanya belum cukup berkarisma untuk menyerlahkan lagi rancangan tersebut.

Gua bertolak seawal 7.30 pagi, dengan perut yang tak putus-putus memainkan lagu kelaparan kerana sarapan pagi tak sempat gua tibai.

"Takpe..sebelum masuk kita pekena mapley dulu.."
Kata Tom yang mengepalai temuduga tersebut memberi sinar baru kepada perut gua. Masuk je mapley tersebut, macam biasa la, amek order. Rata-rata meng'order' roti yang pelbagai jenis disediakan disana. Tidak ada seekor pun yang berani cari pasal pekena nasi pagi tersebut. Dibuatnya sakit perut time ujibakat, jahanam jawapnya.!

"Kosong 1, pisang 1...." Order gua selamba.
Tunggu punya tunggu, order gua yang paling lembab tahap siput sedut. Member-member gua yang lain rata-rata kelihatan hampir selesai menibai roti masing-masing. Roti yang panas dicarik-carik rakus tanpa perati kiri-kanan dah. Gua masih tenang menunggu, mungkin ramai kastemer. Sesampainya order, gua terpegun buat seketika, terdapat sebijik pisang dalam pingan gua. Pada pandangan gua, gila rare cara mapley ni hias hidangan roti pisang. Siap ada pisang lagi. Namun, belum sempat gua mancarik rakus roti gua tadi, gua perasan satu perkara...

"Eh..! mana roti pisang gua..?? ni roti kosong je ada..??"

"Tadi u ada order kosong sama pisang juga.."

"Ye r..mana pisang nyer..??"

"Ini.."
(sambil tangan beliau mencapai pisang tadi tanpa rasa bersalah mahupun syak wasangka.)

Gua lantas bangun hempuk meja sampai terbelah lapan menggunakan pisang tersebut......



p/s : Yang gua hairan..apahal roti kosong gua sampai sedangkan gua order kosong..??

SRC

2003


Time ni gua baru je masuk sekolah asrama,form 1. Macam sekolah lain juga, orientasi pasti akan dijalankan. Tujuan asal orientasi yang mana bagi mengelakkan kejutan budaya atau culture shock bak kata orang kampung gua pastinya diguna pakai oleh senior-senior sekolah untuk menunjukkan belang masing-masing meskipun ada antara mereka hanya berbulu cipan. Bagi menyelakkan kes ragging pula, seorang abang angkat atau akak angkat akan diangkatkan kepada budak-budak baru. Tapi ada juga abang@akak angkat yang ragging adik sendiri, mereka yang demikian gua klasifikasikan sebagai tapir angkat.

Time orientasi selama seminggu, senior-senior yang handel akan tanam satu penipuan yang gua boleh kata lahanat tahapnya. Lahanat tersebut berbunyi macam ni. "Orientasi ni ada orang amek markah,sape fail kene hantar SRC" kata senior yang handel group gua. SRC tu binatang apa..?? SRC ni diorang kata School Reject Centre, tempat kerajaan Malaysia buang pelajar-pelajar yang tak lepas orientasi. Gua mula-mula tak berapa percaya benda-benda tahyul ni, tapi lepas diorang sembang bukan main, gua pun start percaya. Tak boleh la nak salahkan gua,gua budak budak.!! Semangat tak semangat senior-senior gua nak gebang siap ada photostet keratan akhbar lagi kot pasal binatang SRC ni. Mana dapat gua tak tau. Photoshop time ni Bill Gate pun terkapai-kapai lagi nak guna. Mana gua tak telan.?!

SRC ni bak kata diorang, tak ada orang tau lokasi dia kat mana,tersembunyi.!! kalah markas CIA gua cakap lu. Boleh kata adik Henry Gurney la dia punya stendet. Parents tak boleh melawat suka-suka hati. Dia punya ragging tahap gaban, setakat basuh 5-6 baldi baju senior tu perkara stendet. Macam-macam lagi la gua tak tau nak ungkapkan macam mana. Tapi gua tak mudah gelabah. Gua tanya gua punya brader angkat. Ha..! lupa gua nak cerita pasal brader angkat gua, nama beliau Khalid, otai form 5. Otai-otai beliau pun bukan spesis tapir angkat, ngam dengan gua. Beliau kata kat gua takyah percaya cerita bangang tersebut. Beliau pun cerita satu-satu, diorang sebenar nak budak-budak ni semangat ikut orientasi, pastu yang kena angkut pergi SRC hari last orientasi diorang bawak pergi makan mee kat pekan. Dengan tak semena-mena gua rasa bangang seketika. Tapi macam gua cakap tadi. Gua budak lagi..!!

Lepas tau, gua bukan main lagi relex buat aktiviti orientasi, Member-member gua semua bersemangat waja, wira, exora dan macam-macam lagi spesis kereta proton yang ada. Ada yang nak mintak keluar sekolah pun ada. Time member-member gua sembang pasal SRC, gua tambah lagi cerita kasi seram, lepas tu boleh tengok la muka sekor-sekor nak nangis macam baru lepas kena bantai talipinggang kat punggung. Gua keluar gelak sorang-sorang. Mereka bangang atau gua bernasib baik.?!

Ada sekali senior gua jemput Pak guard sekolah kasi ucapan. Kata senior gua,Pak guard tersebut pernah kerja kat SRC. Pak guard pun bukan main lagi belasah gebang masa ucapan. Tak ada sekelumit pun rasa bersalah menipu kanak-kanak dibawah umur. Kalau jumpa lagi Pak guard tersebut, gua ingat nak ucap terima kasih guna kaki kat muka. Hari last orientasi, budak-budak baru disuruh packing barang masing-masing bawak turun bawah.Pastu kumpul kat dataran diorang nak umum nama budak-budak yang nak kena hantar ke SRC.Gua haram tak packing. Bawak bag kosong isi bantal je kasi nampak penuh. Senior-senior lain memainkan peranan. Siap ada banner bertulis 'ANDA TIDAK DIPERLUKAN'. Mana tak nangis budak-budak.Gua dan 2 3 orang yang seangkatan dengan gua tau pasal SRC senyum-senyum.Time panggil nama, macam-macam gaya yang ada. Ada yang ala-ala histeria, ada yang ala-ala mati awek, paling tak boleh blah ada member gua yang pengsan pasal nama mendapat seruan ke SRC.Gua dan member-member siap tepuk tangan. Lepas yang terpilih atau yang juga pelajar terbaik orientasi berangkat naik bas, yang berjaya tidak ke SRC diorang cerita balik benda yang gua dah tau seminggu lepas.Masing-masing kelihatan kesal dan merasakan diri mereka bangang seadanya. Gua tidak terlibat..!!

Dalam keseronokan mengetahui cerita sebenar, ada mata jahat yang memerhati tingkah laku gua. Taktala gua dalam perjalanan pulang ke bilik menyarung kembali bantal yang bersemadi dalam beg, sorang senior dengan muka tak puas hati sound gua mengatakan gua over confiden sangat ketika tepuk tangan tadi. "Ala-ala nak ragging gua ni" fikir gua. Namun, gua tenang, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sambil dalam hati gua berkata....~~


****************************************************



"brader angkat gua paling otai form 5..lu boleh buat hape..??"


Gelak SMS.

Gua kompius..dah lama gua main sms,tapi sampai sekarang gua tak reti-reti lagi nak guna gelak sms kat tempat yang betul..Ada tak sapa-sapa boleh ajar gua bila masa nak guna HUHU..HAHA..HEHE..WAKAKA dan banyak lagi kalau gua tulis semua haram penuh post ni..!!

Nasi Lemak Amsterdam

Penat naik bas pulang bercuti memang macam celaka.7 jam duduk atas kerusi agak-agak gua dah boleh melanggan anlene di usia 30-an.lenguh bhai..!!sampai kat hentian merapuh atau yang sebenarnya takde hentian pun,just gerai-gerai tepi jalan je.ni adalah hasil dasar pilih kasih PLUS tak mau bikin highway kat area ni,takpe,gua paham.

Gua dan makhluk-makhluk lain yang turut merasa ke'lenguh'han masing-masing menggeliat masa sendiri tanpa arahan dari ic bas,iaitu Jemi.gua hanya order air teh o panas nak kasi panas sikit badan.duduk je kat meja,baru gua sedar yang gua tak makan malam lagi,patut la perut gua tak abis-abis memainkan lagu M.Daud Kilau dari atas bas lagi.ternampak pulak budak-budak ni pekena nasi lemak,maka berangkat la gua mencapai nasi lemak yang sama dan terus ke kaunter.

"berapa..?" tanya gua.
"macam 1 je pakcik tengok..hahaha.takde la..RM2.50 je" jawap tokey di kaunter berjenaka.

jawapan jenaka bliau ditambah pulak harga yang tidak munasabah itu membuatkan gua rasa tak tentu hala.seakan-akan ingin menibai seorang tua bernama tokey.tapi gua coolkan perasaan gua,tak baik..!!tak 1 malayasia.duduk gua kembali ingin menikmati nasik lemak simple lagi bercost tinggi tersebut sambil meluahkan perasaan gua kat Syahir.

"mahal lak nasik lemak ni,dah la simple je"
"la..lu tak tau ke..?ni nasik lemak amsterdam la.sebab tu mahal sikit"

gua syak gua mamai bangun tido.bas yang gua naik menuju ke Netherland rupanya.tak pasal-pasal ter'pekena' nasik lemak amsterdam malam-malam buta camni.

p/s : Merapuh merupakan sebuah daerah di selatan belanda dan merupakan tanah kelahiran wesley Sneijder..