Lagu mengurangkan Keserabaiaan Otak

SRC

2003


Time ni gua baru je masuk sekolah asrama,form 1. Macam sekolah lain juga, orientasi pasti akan dijalankan. Tujuan asal orientasi yang mana bagi mengelakkan kejutan budaya atau culture shock bak kata orang kampung gua pastinya diguna pakai oleh senior-senior sekolah untuk menunjukkan belang masing-masing meskipun ada antara mereka hanya berbulu cipan. Bagi menyelakkan kes ragging pula, seorang abang angkat atau akak angkat akan diangkatkan kepada budak-budak baru. Tapi ada juga abang@akak angkat yang ragging adik sendiri, mereka yang demikian gua klasifikasikan sebagai tapir angkat.

Time orientasi selama seminggu, senior-senior yang handel akan tanam satu penipuan yang gua boleh kata lahanat tahapnya. Lahanat tersebut berbunyi macam ni. "Orientasi ni ada orang amek markah,sape fail kene hantar SRC" kata senior yang handel group gua. SRC tu binatang apa..?? SRC ni diorang kata School Reject Centre, tempat kerajaan Malaysia buang pelajar-pelajar yang tak lepas orientasi. Gua mula-mula tak berapa percaya benda-benda tahyul ni, tapi lepas diorang sembang bukan main, gua pun start percaya. Tak boleh la nak salahkan gua,gua budak budak.!! Semangat tak semangat senior-senior gua nak gebang siap ada photostet keratan akhbar lagi kot pasal binatang SRC ni. Mana dapat gua tak tau. Photoshop time ni Bill Gate pun terkapai-kapai lagi nak guna. Mana gua tak telan.?!

SRC ni bak kata diorang, tak ada orang tau lokasi dia kat mana,tersembunyi.!! kalah markas CIA gua cakap lu. Boleh kata adik Henry Gurney la dia punya stendet. Parents tak boleh melawat suka-suka hati. Dia punya ragging tahap gaban, setakat basuh 5-6 baldi baju senior tu perkara stendet. Macam-macam lagi la gua tak tau nak ungkapkan macam mana. Tapi gua tak mudah gelabah. Gua tanya gua punya brader angkat. Ha..! lupa gua nak cerita pasal brader angkat gua, nama beliau Khalid, otai form 5. Otai-otai beliau pun bukan spesis tapir angkat, ngam dengan gua. Beliau kata kat gua takyah percaya cerita bangang tersebut. Beliau pun cerita satu-satu, diorang sebenar nak budak-budak ni semangat ikut orientasi, pastu yang kena angkut pergi SRC hari last orientasi diorang bawak pergi makan mee kat pekan. Dengan tak semena-mena gua rasa bangang seketika. Tapi macam gua cakap tadi. Gua budak lagi..!!

Lepas tau, gua bukan main lagi relex buat aktiviti orientasi, Member-member gua semua bersemangat waja, wira, exora dan macam-macam lagi spesis kereta proton yang ada. Ada yang nak mintak keluar sekolah pun ada. Time member-member gua sembang pasal SRC, gua tambah lagi cerita kasi seram, lepas tu boleh tengok la muka sekor-sekor nak nangis macam baru lepas kena bantai talipinggang kat punggung. Gua keluar gelak sorang-sorang. Mereka bangang atau gua bernasib baik.?!

Ada sekali senior gua jemput Pak guard sekolah kasi ucapan. Kata senior gua,Pak guard tersebut pernah kerja kat SRC. Pak guard pun bukan main lagi belasah gebang masa ucapan. Tak ada sekelumit pun rasa bersalah menipu kanak-kanak dibawah umur. Kalau jumpa lagi Pak guard tersebut, gua ingat nak ucap terima kasih guna kaki kat muka. Hari last orientasi, budak-budak baru disuruh packing barang masing-masing bawak turun bawah.Pastu kumpul kat dataran diorang nak umum nama budak-budak yang nak kena hantar ke SRC.Gua haram tak packing. Bawak bag kosong isi bantal je kasi nampak penuh. Senior-senior lain memainkan peranan. Siap ada banner bertulis 'ANDA TIDAK DIPERLUKAN'. Mana tak nangis budak-budak.Gua dan 2 3 orang yang seangkatan dengan gua tau pasal SRC senyum-senyum.Time panggil nama, macam-macam gaya yang ada. Ada yang ala-ala histeria, ada yang ala-ala mati awek, paling tak boleh blah ada member gua yang pengsan pasal nama mendapat seruan ke SRC.Gua dan member-member siap tepuk tangan. Lepas yang terpilih atau yang juga pelajar terbaik orientasi berangkat naik bas, yang berjaya tidak ke SRC diorang cerita balik benda yang gua dah tau seminggu lepas.Masing-masing kelihatan kesal dan merasakan diri mereka bangang seadanya. Gua tidak terlibat..!!

Dalam keseronokan mengetahui cerita sebenar, ada mata jahat yang memerhati tingkah laku gua. Taktala gua dalam perjalanan pulang ke bilik menyarung kembali bantal yang bersemadi dalam beg, sorang senior dengan muka tak puas hati sound gua mengatakan gua over confiden sangat ketika tepuk tangan tadi. "Ala-ala nak ragging gua ni" fikir gua. Namun, gua tenang, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sambil dalam hati gua berkata....~~


****************************************************



"brader angkat gua paling otai form 5..lu boleh buat hape..??"


0 comments:

Post a Comment