Gua baru je lepas usha gambar time PLKN dulu kat page member gua dan gua dapati haram satu pun takde gambar gua.Gua syak tukang amek gambar tu memang tak suka amek gambar makhluk yang indah-indah.
Lagu mengurangkan Keserabaiaan Otak
hari ni gua syak ada orang sabo gua dalam formspring.soalan dia kat member gua tapi dia buat ala-ala gua yang tanya kat member gua pasal gua sendiri(kepada slow pick-up punya species sila tutup blog ini).soalan dia buat gua tak berapa sedap duduk,agak menjatuhkan air muka.mesti member gua ingat gua yang tanya soalan keparat tu.macam mana nak kasi settle ni.sape yang buat tu sila mengaku.gua kasi upah penerajang saiz 7 setengah ngam-ngam dekat tulang pipi belah kiri..!!
Memandangkan gua bakal habis belajar dalam 3-4 tahun lagi,insyallah....gua dah berfikir macam mana cara mak gua nak meminang anak orang bila tiba masanya nanti.Gua nak kasi peminangan gua hari tu rare dari yang lain.lepas gua kerja,gua tak mau terkejar-kejar nak beli kereta yang stylo macam brader-brader MLM,cukup la sekadar sebijik CBR 600RR buat tunggangan taktala gua nak pi layan bola di mapley.
"Abah nak pergi Kelantan,nak cari rumah,nak ikut?"tanya En Ari kepada seorang budak yang sedang menyingkap usia kanak-kanak darjah 3."Nak..!!"jawap budak tersebut ringkas dan padat.walaupon musim persekolahan baru bermula,apalah sangat kelas math,kajian tempatan mahupun english bagi kanak-kanak segenius beliau.sambil main guli pun beliau sudah boleh menyelesaikan masalah 1 ringgit beli gula-gula 40 sen berapa baki,inikan pula subjek-subjek tersebut yang menjadi killer subjek bagi rakan-rakan sebaya beliau.
gua dari kecik lagi meminati filem batman..gua ingat lagi mase gua tadika dulu.gua gunting iklan filem batman main kat wayang mana dan semestinya yang gua cari ialah panggung wayang hamjadah hape name gua tak ingat kat Taiping.gua simpan gunting n simpan ari2 iklan batman dari Batman yang first,sampai la Batman N Rodin..eh2.!!!ROBIN...
"Mukebuku mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terpisah"
Cuti wesak 3 ari yang dianugerahkan umpama tak bermakna pada gua taktala banyak bayaran yang perlu disettlekan bulan ni.ke'best'san kota metropolitan Kuala Lumpur yang dahulunya menjadi buah mulut budak-budak sekolah lama gua sudah tidak membawa ke'best'san langsung dalam hidup gua.mana taknye...da 4 taun da gua duk sini.disebabkan tak keluar bercuti,gua melepak je la kat apartment gua yang serba serbi lengkap lagi tersergam indah diatas bukit.perut yang masih belom terisi memaksa gua membuat keputusan drastik melangkahkan kaki ke kafe yang hanya sekangkang beruk matyeh dari apartment gua.bersama-sama gua adalah Stuart ngan Bajau yang gua arahkan jadi benteng kalau-kalau ada orang nak tembak gua.
Blog Archive
Formspring
Sembang lebat
Try baca skali
Followers
Si Pelebat
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul


Filed Under : by scootnoto
Tuesday, November 9, 2010
