Lagu mengurangkan Keserabaiaan Otak

Di Hari Tersebut

Memandangkan gua bakal habis belajar dalam 3-4 tahun lagi,insyallah....gua dah berfikir macam mana cara mak gua nak meminang anak orang bila tiba masanya nanti.Gua nak kasi peminangan gua hari tu rare dari yang lain.lepas gua kerja,gua tak mau terkejar-kejar nak beli kereta yang stylo macam brader-brader MLM,cukup la sekadar sebijik CBR 600RR buat tunggangan taktala gua nak pi layan bola di mapley.


Hari peminang tu,macam biasa la rombongan pi rumah pompuan.adab-adab bawak berapa puluh dulang semua gua kasi mak gua settlekan,gua kurang mahir.kalau boleh gua nak datang lambat sikit,baru dramatik.masuk je rumah pompuan,lepas pekena pantun dua tiga das,mesti mak pompuan 2 tanya camni.

"anaknya ni kerja apa..?"

lepas tu gua nak suruh mak gua jawab camni...

"anak saya ni kerja repair-repair je,ala-ala pomen gitu.kereta pun takde lagi,ada moto je sebijik."

Abis je ayat sebijik dari mulut mak gua tadi,gua sampai dengan CBR gua depan rumah tadi.kasi press 2-3 pam baru pulas kunci matikan moto.sampai depan pintu baru bukak fullface bagi salam kasi nampak anak yang soleh sikit.mak gua masa tu hanya mampu tersenyum dan angkat kening sikit membawa maksud 'Apa Macam....?!'

"Abah nak pergi Kelantan,nak cari rumah,nak ikut?"tanya En Ari kepada seorang budak yang sedang menyingkap usia kanak-kanak darjah 3."Nak..!!"jawap budak tersebut ringkas dan padat.walaupon musim persekolahan baru bermula,apalah sangat kelas math,kajian tempatan mahupun english bagi kanak-kanak segenius beliau.sambil main guli pun beliau sudah boleh menyelesaikan masalah 1 ringgit beli gula-gula 40 sen berapa baki,inikan pula subjek-subjek tersebut yang menjadi killer subjek bagi rakan-rakan sebaya beliau.

Berikutan mengikut En Ari ke Kelantan,maka terpontenglah persekolahan selama 2 minggu.setelah menjumpai kawasan strategik bagi penempatan baru di Kelantan,berpindahlah seluruh ahli keluarga kanak-kanak tersebut ke Kelantan.walaupun masih ramai awek-awek kelas yang menunggu giliran untuk berdampingan dengan kanak-kanak tersebut,namun beliau tidak mengendahkan mereka apatah lagi awek-awek kelas sebelah mahupun kelas sebelah kepada sebelah tadi.diusia semuda itu,di zaman surat menyurat masih lagi bergiat aktif hingga menyebabkan ramai postmen hampir give up dengan kerja sendiri,beliau masih belum mengerti maksud tersirat menjilat setem yang mengakibatkan surat sampai ke destinasi yang dituju."sungguh ajaib sekali.!!"cetusan hati si kecil.

penghijrahan tersebut membawa erti kepada kanak-kanak tersebut,daripada no 4 dalam kelas yang diperolehi di Taiping,terus melonjak ke no 1 dalam sekolah.daripada awek sedarjah yang beratur di Taiping melonjak sehiggakan senior dan junior turut mengambil tiket beratur."sungguh ajaib sekali..!!"cetusan kedua beliau.namun begitu,dalam keterampilan yang menarik mata sekalian warga sekolah,ada mata yang dengki mencemburui beliau.Syahmi bukan nama sebenar,merupakan otai dalam kelas 3T ketika itu mula mengorak langkah mencari pasal dengan beliau.di hari ketiga persekolah,berlakulah pergaduhan besar ala-ala Genji melawan Serizawa didalam kelas.hasil libasan rotan besi yang dilibas syahmi mengakibatkan jari beliau berdarah mencurah-curah keladang gandum,namun semangat hero beliau tidak luntur begitu sahaja,bingkas beliau bangkit,menyepak muka syahmi tadi lalu disusuli tumbukan laju-laju kearah kepala mengakibatkan syahmi kembali ke tempat duduk lalu menukup kepala ke meja diiringi tangisan tanda kecundang.otai yang dibanggakan selama ini terus luntur seperti baju ManU celup Klorox.selamba kanak-kanak tersebut tersebut pergi ke bilik guru memohon rawatan dari cikgu Mariah tanpa sikit pon perasaan kesal dari pergaduhan tadi.kepuasan menyepak syahmi tadi hanya tuhan saja yang tahu.

sekembalinya kerumah,ibu beliau sudah mendapat khabar angin pergaduhan tadi.namun mulut manusia yang penuh berbau longkang memutar belitkan cerita sebenar.mentaliti budak sekolah rendah yang menganggap si menang adalah jahat,yang kalah adalah mulia mengakibatkan beliau dicop jahat oleh jiran tetangga yang terpengaruh dengan cerita anak masing-masing.namun beliau peduli apa.ibu beliau sangat percayakan anak beliau dan tidak mudah termakan khabar angin mahupun khabar halilintar rakan sebaya beliau yang berhabitat berhampiran dipersekitaran beliau.tepat pukul 4.30,kepulangan En Ari dari kerja terus disusuli cerita anak beliau disekolah tadi.namun En Ari hanya mampu tersenyum lalu dengan selamba berkata...

"asal lambat sangat.?,ni kan dah hari ketiga,patut hari pertama lagi hang dah buat benda ni."

kanak-kanak tersebut turut tersenyum lalu mensyukuri kerana mempunyai bapa sesempoi En Ari...

Gua, Batman Selamanya..

gua dari kecik lagi meminati filem batman..gua ingat lagi mase gua tadika dulu.gua gunting iklan filem batman main kat wayang mana dan semestinya yang gua cari ialah panggung wayang hamjadah hape name gua tak ingat kat Taiping.gua simpan gunting n simpan ari2 iklan batman dari Batman yang first,sampai la Batman N Rodin..eh2.!!!ROBIN...


kalau ari yang ditunggu-tunggu 2 sampai,tak sampai bapak gua bukak pintu keta tyme balik keje kul 5 lagi gua da melulu kearah beliau berbekalkan iklan yang digunting tadi..malam 2 pe lagi..kalau x pegi tengok jugak,jawapnya pecah la lantai umah gua dulu gua mengamok.tapi yang best mase nak tengok wayang ni,family gua ade tradisi tetap iaitu pi pekena KFC dulu baru pi layan wayang..tradisi ni da diamalkan dari gua duk kat ipoh lagi dimana 4 beranak menaiki moto yamaha kaler biru bapak gua.pandai-pandai la lu bayang besar mane gua ngan kakak gua tyme 2 sampai bleh muat moto nek 4 orang.

tapi..gua xpenah minat pon nak jadi batman tyme 2..gua just nak jadi robin je tyme kecik2 dlu.watak batman lak gua kasi kat jiran gua dulu name Helmi sebab bliau ni tua setaun dari gua.kegiatan batman n robin yang kerap kami lakukan adalah memanjat tembok umah gua serta panjat atap tadika kemas Kg Pinang lalu melepak berbekalkan kuaci ditangan.ketika 2 jugak gua dan Batman Helmi telah berjaya membangunkan markas kami beserta batmobile sekali.caye tak caye...lu tanye gua.....!!!


p/s:gua dapati cite bruce wayne n rachel dalam The Darknight same cam cite gua je..pas2 tetibe je teringat kat keobsessan terhadap batman zaman mude2 dulu..maka terhasil la post ni..!!

Member tadika.

"Mukebuku mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terpisah"

kata-kata poyo diatas adalah suatu yang amat tepat bagi gua taktala sedang meng'approve'kan fren-fren yang baru meng'add' akaun mukebuku gua disuatu hari yang suam-suam milo suam.dalam khalayak yang meng'add gua sehingga tak cukup tangan melayan,ade sorang minah skali dengan msg bliau tibai.dalam kepala gua sudah tentu ayat-ayat manis hendak berkenalan,namun sangkaan gua meleset.rupa-rupanya member tadika gua mase kat Kg Pinang,Taiping dulu.Name bliau Farahin Musa,disebabkan mase gua tadika dulu bersepah yang name Farahin,terpaksa la gua membezakan Farahin-Farahin ni dengan ingat name bapak mereka skali.

tak sangka pulak gua yang die ni ingat lagi gua.member tadika kowt.kalau gua la,duk sebelah-sebelah pon kompem gua tak hinggat lagi.cite sal Farahin ni,bliau ni awek first member baik gua nama Najib bin Nayan yang merupakan kasanova di tadika gua.Name awek Najib ni yang sorang lagi pon Farahin jugak..(tengok..!!!sahih tak gua kate tadika gua ramai Farahin).mase gua tadika dulu,ade pertandingan nyanyi lagu P.Ramlee ngan lagu Saloma,Farahin ni la yang wakil tadika gua jadi saloma dan dapat no 3 tak salah gua.gua pulak terpilih wakil tadika gua jadi P.Ramlee hasil kemantapan vokal gua mase 2,tapi gua tolak sebab bayaran yang tak munasabah punya rendah dengan vokal mantap gua.Cikgu Ruby berkali-kali datang umah mintak tolong mak gua pujuk gua masuk,siap bagi kaset P.Ramlee lagi suh praktis,tapi gua terpaksa tolak.kekeciwaan Cikgu Ruby tak dapat gua gambarkan dengan kata-kata.

agak-agak lu la..lau gua terima jadi P.Ramlee dlu kan,mesti gua jadik lagi mantap dari Sean Ghazli skang bukan..?!


"Kecewa gua"

Cuti wesak 3 ari yang dianugerahkan umpama tak bermakna pada gua taktala banyak bayaran yang perlu disettlekan bulan ni.ke'best'san kota metropolitan Kuala Lumpur yang dahulunya menjadi buah mulut budak-budak sekolah lama gua sudah tidak membawa ke'best'san langsung dalam hidup gua.mana taknye...da 4 taun da gua duk sini.disebabkan tak keluar bercuti,gua melepak je la kat apartment gua yang serba serbi lengkap lagi tersergam indah diatas bukit.perut yang masih belom terisi memaksa gua membuat keputusan drastik melangkahkan kaki ke kafe yang hanya sekangkang beruk matyeh dari apartment gua.bersama-sama gua adalah Stuart ngan Bajau yang gua arahkan jadi benteng kalau-kalau ada orang nak tembak gua.

kaki gua langkahkan bertenaga menaiki tangga membawa ke kafe yang terletak di tingkat atas.sampai je kat kafe gua hayunkan pantas tangan menyambar pinggan terus gua buh nasik lemak bersama-sama ikan keli goreng.brader kaunter yang tergamam dengan kepantasan gua hampir-hampir nak ambik gua kerja kat sana dengan bayaran setaraf Cristiano Ronaldo,tapi gua tolak.sekali gua angkat penumbuk beserta jari telunjuk kasi keluar lalu berkata."milo ais gelas besar 1,kurang manis ek".terus brader tadi terpelanting ke belakang terkejut umpama iklan mentor mas idayu TV3.gua melangkah konfiden menuju ke meja diiringi bajau ngan stuart yang masing-masing beserta makanan masing-masing.

elok gua melantak datang sorang awek pekerja yang dah gua perasan dari mula-mula masuk tadi lagi namun tidak mendapat perhatian sebab bukan taste gua,datang kemas paper yang berterabur atas kurusi sebelah gua.bliau senyum,gua balas balik.lalu dengan konfiden bliau tanye gua tanpa sebarang salam mahupon Namaste.."ade facebook tak.?" gua balas lembut "facebook..?facebook tu mende..?" tanye gua buat-buat blur."facebook..!!ala mukebuku"tanye bliau bersungguh-sungguh diiringi ketawa kecil. "owh..facebook yang ramai orang maen tu ek..gua takde facebook,gua ade Hi5 je" terus beliau muncung lalu berlalu tanda paham bahawa memiliki fb gua sudah menjadi perkara mustahil dalam hidup bliau.gua meneruskan makan seperti biasa sebab nak pegi karok lak.

Blog Scootnoto Melebat ke nih..?

Jap-jap...jangan rasa tesalah taip atau terpeleot jari ketika menaip..sesungguhnya anda memang berada di Scootnoto Melebat.Ya..gua da tukar template gua supaya sedap mata memandang dan mengurangkan keserabaian minda dan fizikal lu orang yang memang dah memang sejak azali lagi begitu ditambah pulak apabila membaca blog gua ni.


Tema yang gua kenakan pada blog gua ni tak lain dan tak bukan bertemakan warna 'Sheng' atau lebih dikenali dengan warna oren oleh kaum manusia yang bernama melayu.ni kaler fav gua masa kecik-kecik dulu.kalau suka angkat tangan dan laungkan 'GUA SUKE KALER BLOG LU!!' dan kalau tak suke pon sila la ulang ayat yang sama sebab yang tu saja yang bleh lu smua laungkan.

Duit tak jamin Kebahagiaan,tapi.....

Ya...Btol kata banyak makhluk laen yang duit tak menjamin kebahagiaan.tak syak lagi.!!malah duit bleh bawak lu orang ke Hospital Bahagia,Tanjung Rambutan lagi.ok la 2..bahagia jugak bukan...tapi yang tu bukan yang gua nak cite..gua nak cite mende laen..hape dia...Haa..!!yang tu yang kita tak tau..!!hahhaa

gua nak cite sal duit gak.Bak kata seseorang yang gua penah jumpa tak lama dulu,iaitu cikgu Plkn gua..Alah...Plkn lagi..tak pelah..bliau berkata..
"duit tak menjamin kebahagiaan,tapi kebahagiaan itu sendirik memerlukan duit.."
gua dengar je ayat tu teros naik turun jantung gua.gile gempak ayat bliau.cikgu gua ni pon bukan calang-calang orangnye.bliau keje kat syarikat perkapalan hamjadah pe gua tak ingat kat penang.bliau ni engineer tak salah gua.keje jadi cikgu plkn ni bliau suke-suke je wat abiskan mase terluang daripada pi buat cerita kedai kopi dengan kaki kopi tegar kat kedai mamak sambil pekena tandori garlic.bulan-bulan ade la masok 30-40k (gua bersembang tentang gaji.bukan berat beras bliau beli tiap-tiap bulan,kalau ade yang terpikirkan pasal beras,sedarlah bahawa anda adalah seorang yang bebal).

gua terpikir balik,btol tanpa syak Wasangka mahupon LUsangka lagi kata-kata bliau tu.zaman DoReMi dulu boleh la takde duit boleh bahagia.nak makan,pi kedai cari lebai pastu ngaku sedara pon da cukup.zaman sekarang da laen.gua sendiri penah idop dalam keadaan senang,sederhana ngan susah.gua boleh tau camna beza ketiga-tiga keadaan ni.lu orang tak yah nak kencing gua kata gua tak idop dalam keadaan lu,gua takkan paham...haaa...!!maka akan sampailah kaki bersaiz 7 setengah ke muka kalian bersama-sama pelempang jepun.
gua bukan nak claim.tapi kenyataan zaman sekarang.

duit itu penting.tapi kenalah yang halalantoibba,bukan haramwaljadahan.cite-cite dalam cerekarama ke,samarinda ke,mirinda ke,100plus semua tu menipu je tu.gua sikit pon takde perasaan nak hina ke,kutuk ke kat orang kurang berkemampuan ni.harap maaf kat sape-sape yang terasa begitu.apa yang gua cube terangkan ni adalah kepentingan duit dalam mencapai kebahagian.kalau hidup selalu je ade masalah letrik tak bayar,hutang sana-sini,keta tertunggak dekat 5-6 bulan sampai nak kuar pon takut kete kene tarik,sedara-mara pon sampai menyampah tengok muke sebab utang tak bayar,boleh bahagia ke macam tu...?kalau tanye gua sudah tentula tidak jawapnye..

lagi satu gua nak cite pasal perangai makhluk yang bernama manusia yang pandai berdrama.kalau orang berduit..masyaAllah.!!macam Brad Pitt masuk kampung gua cakap..orang ni ngaku sedara,yang tu ngaku sedara, yang lahir sebelah katil kat hospital dulu pon nak ngaku sedara ape cer..?!!.bukan maen lagi layanan diorang.yang muka masam macam cuka pon boleh senyum cam kerang busuk.yang kurang berduit lak macam bangla buat jalan je diorang layan.tak patot tak patot..gua pon da malas nak karang panjang-panjang sebab internet gampang ni da macam chipsmore kejap ade kejap takde..
kalau tanye gua nak bahagia gua bagi 2 jalan je..

jalan 1 :beranakkan ke,tuai ke takpon jana duit banyak-banyak.tak kaya pon takpe,janji tak sesak.

jalan 2 :pi guling-guling kat Midvalley,kacau orang dating 2-3 pam,ha..!!sampai la la lu orang ke Hospital Bahagia..