Lagu mengurangkan Keserabaiaan Otak

Roti Pisang.

Suasana hari sabtu yang indah di padang terpaksa gua lupakan buat waktu ini kerana terpaksa menhadiri ujibakat Kuiz 1Malaysia. Seruan RTM yang amat terdesak akan kehadiran gua bagi menyinari rancangan tersebut tidak dapat gua tolak. Bakat yang dikurniakan perlu gua adaptasikan dalam kehidupan bagi menguntungkan sesetengah pihak. Tambahan pula host rancangan tersebut, Dafi AF, rasanya belum cukup berkarisma untuk menyerlahkan lagi rancangan tersebut.

Gua bertolak seawal 7.30 pagi, dengan perut yang tak putus-putus memainkan lagu kelaparan kerana sarapan pagi tak sempat gua tibai.

"Takpe..sebelum masuk kita pekena mapley dulu.."
Kata Tom yang mengepalai temuduga tersebut memberi sinar baru kepada perut gua. Masuk je mapley tersebut, macam biasa la, amek order. Rata-rata meng'order' roti yang pelbagai jenis disediakan disana. Tidak ada seekor pun yang berani cari pasal pekena nasi pagi tersebut. Dibuatnya sakit perut time ujibakat, jahanam jawapnya.!

"Kosong 1, pisang 1...." Order gua selamba.
Tunggu punya tunggu, order gua yang paling lembab tahap siput sedut. Member-member gua yang lain rata-rata kelihatan hampir selesai menibai roti masing-masing. Roti yang panas dicarik-carik rakus tanpa perati kiri-kanan dah. Gua masih tenang menunggu, mungkin ramai kastemer. Sesampainya order, gua terpegun buat seketika, terdapat sebijik pisang dalam pingan gua. Pada pandangan gua, gila rare cara mapley ni hias hidangan roti pisang. Siap ada pisang lagi. Namun, belum sempat gua mancarik rakus roti gua tadi, gua perasan satu perkara...

"Eh..! mana roti pisang gua..?? ni roti kosong je ada..??"

"Tadi u ada order kosong sama pisang juga.."

"Ye r..mana pisang nyer..??"

"Ini.."
(sambil tangan beliau mencapai pisang tadi tanpa rasa bersalah mahupun syak wasangka.)

Gua lantas bangun hempuk meja sampai terbelah lapan menggunakan pisang tersebut......



p/s : Yang gua hairan..apahal roti kosong gua sampai sedangkan gua order kosong..??

SRC

2003


Time ni gua baru je masuk sekolah asrama,form 1. Macam sekolah lain juga, orientasi pasti akan dijalankan. Tujuan asal orientasi yang mana bagi mengelakkan kejutan budaya atau culture shock bak kata orang kampung gua pastinya diguna pakai oleh senior-senior sekolah untuk menunjukkan belang masing-masing meskipun ada antara mereka hanya berbulu cipan. Bagi menyelakkan kes ragging pula, seorang abang angkat atau akak angkat akan diangkatkan kepada budak-budak baru. Tapi ada juga abang@akak angkat yang ragging adik sendiri, mereka yang demikian gua klasifikasikan sebagai tapir angkat.

Time orientasi selama seminggu, senior-senior yang handel akan tanam satu penipuan yang gua boleh kata lahanat tahapnya. Lahanat tersebut berbunyi macam ni. "Orientasi ni ada orang amek markah,sape fail kene hantar SRC" kata senior yang handel group gua. SRC tu binatang apa..?? SRC ni diorang kata School Reject Centre, tempat kerajaan Malaysia buang pelajar-pelajar yang tak lepas orientasi. Gua mula-mula tak berapa percaya benda-benda tahyul ni, tapi lepas diorang sembang bukan main, gua pun start percaya. Tak boleh la nak salahkan gua,gua budak budak.!! Semangat tak semangat senior-senior gua nak gebang siap ada photostet keratan akhbar lagi kot pasal binatang SRC ni. Mana dapat gua tak tau. Photoshop time ni Bill Gate pun terkapai-kapai lagi nak guna. Mana gua tak telan.?!

SRC ni bak kata diorang, tak ada orang tau lokasi dia kat mana,tersembunyi.!! kalah markas CIA gua cakap lu. Boleh kata adik Henry Gurney la dia punya stendet. Parents tak boleh melawat suka-suka hati. Dia punya ragging tahap gaban, setakat basuh 5-6 baldi baju senior tu perkara stendet. Macam-macam lagi la gua tak tau nak ungkapkan macam mana. Tapi gua tak mudah gelabah. Gua tanya gua punya brader angkat. Ha..! lupa gua nak cerita pasal brader angkat gua, nama beliau Khalid, otai form 5. Otai-otai beliau pun bukan spesis tapir angkat, ngam dengan gua. Beliau kata kat gua takyah percaya cerita bangang tersebut. Beliau pun cerita satu-satu, diorang sebenar nak budak-budak ni semangat ikut orientasi, pastu yang kena angkut pergi SRC hari last orientasi diorang bawak pergi makan mee kat pekan. Dengan tak semena-mena gua rasa bangang seketika. Tapi macam gua cakap tadi. Gua budak lagi..!!

Lepas tau, gua bukan main lagi relex buat aktiviti orientasi, Member-member gua semua bersemangat waja, wira, exora dan macam-macam lagi spesis kereta proton yang ada. Ada yang nak mintak keluar sekolah pun ada. Time member-member gua sembang pasal SRC, gua tambah lagi cerita kasi seram, lepas tu boleh tengok la muka sekor-sekor nak nangis macam baru lepas kena bantai talipinggang kat punggung. Gua keluar gelak sorang-sorang. Mereka bangang atau gua bernasib baik.?!

Ada sekali senior gua jemput Pak guard sekolah kasi ucapan. Kata senior gua,Pak guard tersebut pernah kerja kat SRC. Pak guard pun bukan main lagi belasah gebang masa ucapan. Tak ada sekelumit pun rasa bersalah menipu kanak-kanak dibawah umur. Kalau jumpa lagi Pak guard tersebut, gua ingat nak ucap terima kasih guna kaki kat muka. Hari last orientasi, budak-budak baru disuruh packing barang masing-masing bawak turun bawah.Pastu kumpul kat dataran diorang nak umum nama budak-budak yang nak kena hantar ke SRC.Gua haram tak packing. Bawak bag kosong isi bantal je kasi nampak penuh. Senior-senior lain memainkan peranan. Siap ada banner bertulis 'ANDA TIDAK DIPERLUKAN'. Mana tak nangis budak-budak.Gua dan 2 3 orang yang seangkatan dengan gua tau pasal SRC senyum-senyum.Time panggil nama, macam-macam gaya yang ada. Ada yang ala-ala histeria, ada yang ala-ala mati awek, paling tak boleh blah ada member gua yang pengsan pasal nama mendapat seruan ke SRC.Gua dan member-member siap tepuk tangan. Lepas yang terpilih atau yang juga pelajar terbaik orientasi berangkat naik bas, yang berjaya tidak ke SRC diorang cerita balik benda yang gua dah tau seminggu lepas.Masing-masing kelihatan kesal dan merasakan diri mereka bangang seadanya. Gua tidak terlibat..!!

Dalam keseronokan mengetahui cerita sebenar, ada mata jahat yang memerhati tingkah laku gua. Taktala gua dalam perjalanan pulang ke bilik menyarung kembali bantal yang bersemadi dalam beg, sorang senior dengan muka tak puas hati sound gua mengatakan gua over confiden sangat ketika tepuk tangan tadi. "Ala-ala nak ragging gua ni" fikir gua. Namun, gua tenang, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sambil dalam hati gua berkata....~~


****************************************************



"brader angkat gua paling otai form 5..lu boleh buat hape..??"


Gelak SMS.

Gua kompius..dah lama gua main sms,tapi sampai sekarang gua tak reti-reti lagi nak guna gelak sms kat tempat yang betul..Ada tak sapa-sapa boleh ajar gua bila masa nak guna HUHU..HAHA..HEHE..WAKAKA dan banyak lagi kalau gua tulis semua haram penuh post ni..!!

Nasi Lemak Amsterdam

Penat naik bas pulang bercuti memang macam celaka.7 jam duduk atas kerusi agak-agak gua dah boleh melanggan anlene di usia 30-an.lenguh bhai..!!sampai kat hentian merapuh atau yang sebenarnya takde hentian pun,just gerai-gerai tepi jalan je.ni adalah hasil dasar pilih kasih PLUS tak mau bikin highway kat area ni,takpe,gua paham.

Gua dan makhluk-makhluk lain yang turut merasa ke'lenguh'han masing-masing menggeliat masa sendiri tanpa arahan dari ic bas,iaitu Jemi.gua hanya order air teh o panas nak kasi panas sikit badan.duduk je kat meja,baru gua sedar yang gua tak makan malam lagi,patut la perut gua tak abis-abis memainkan lagu M.Daud Kilau dari atas bas lagi.ternampak pulak budak-budak ni pekena nasi lemak,maka berangkat la gua mencapai nasi lemak yang sama dan terus ke kaunter.

"berapa..?" tanya gua.
"macam 1 je pakcik tengok..hahaha.takde la..RM2.50 je" jawap tokey di kaunter berjenaka.

jawapan jenaka bliau ditambah pulak harga yang tidak munasabah itu membuatkan gua rasa tak tentu hala.seakan-akan ingin menibai seorang tua bernama tokey.tapi gua coolkan perasaan gua,tak baik..!!tak 1 malayasia.duduk gua kembali ingin menikmati nasik lemak simple lagi bercost tinggi tersebut sambil meluahkan perasaan gua kat Syahir.

"mahal lak nasik lemak ni,dah la simple je"
"la..lu tak tau ke..?ni nasik lemak amsterdam la.sebab tu mahal sikit"

gua syak gua mamai bangun tido.bas yang gua naik menuju ke Netherland rupanya.tak pasal-pasal ter'pekena' nasik lemak amsterdam malam-malam buta camni.

p/s : Merapuh merupakan sebuah daerah di selatan belanda dan merupakan tanah kelahiran wesley Sneijder..

Kisah gua dan Gambar

Gua baru je lepas usha gambar time PLKN dulu kat page member gua dan gua dapati haram satu pun takde gambar gua.Gua syak tukang amek gambar tu memang tak suka amek gambar makhluk yang indah-indah.

Gua pikir-pikir balik,gua sedari gua memang kurang sangat ambik gambar dalam hidup gua.Jarang sekali muka gua menghiasi album-album yang terdapat dalam handset yang bermega-mega pixel apatah lagi megatron.Disebalik rakan-rakan yang suka mencapap taktala cover kamera dibuka,gua lebih suka melarikan diri dari himpunan yang sedang posing muka kiut sambil dua jari peace dilabuhkan di dahi mahupun pipi.gua pun tak tahu kenapa gua melarikan diri.Handset gua sendiri yang dilengkapi kamera tahap Masyaallah punya megapixel pun tak sampai 100 lagi gambar sejak gua beli.kalau orang lain gua cakap lu,100 gambar tu dalam sehari je sebagai contoh Dr Memek.

Tapi bila difikirkan balik,ambik gambar ni satu yang penting.Banyak memori-memori best dalam hidup gua hilang begitu saja sebab sikap gua ini.Gua sekolah SBP tiga tahun,gambar.??..haram.!! Sekolah atas bukit...??ada la sikit,tu pun event penting-penting je.PLKN 3 bulan...ada sikit,tak sampai 10...Itu pun dengan awek-awek cun.

Kalau ini berterusan,tak bolehlah gua nak melebat dengan anak-anak gua nanti.maklum la,budak-budak zaman moden tak boleh nak gebang senang-senang.kena ada bukti baru real cerita.Mulai hari ni,gua berazam nak ambik gambar banyak-banyak,kalau boleh gambar gua tido pun gua nak set timer kasi nampak sikit jalan hidup gua..

nota kaki : Blog Scootnoto Melebat pun masih belum merasa gambar gua didalamnya..satu hari nanti..satu hari...~~

sabo

hari ni gua syak ada orang sabo gua dalam formspring.soalan dia kat member gua tapi dia buat ala-ala gua yang tanya kat member gua pasal gua sendiri(kepada slow pick-up punya species sila tutup blog ini).soalan dia buat gua tak berapa sedap duduk,agak menjatuhkan air muka.mesti member gua ingat gua yang tanya soalan keparat tu.macam mana nak kasi settle ni.sape yang buat tu sila mengaku.gua kasi upah penerajang saiz 7 setengah ngam-ngam dekat tulang pipi belah kiri..!!

Di Hari Tersebut

Memandangkan gua bakal habis belajar dalam 3-4 tahun lagi,insyallah....gua dah berfikir macam mana cara mak gua nak meminang anak orang bila tiba masanya nanti.Gua nak kasi peminangan gua hari tu rare dari yang lain.lepas gua kerja,gua tak mau terkejar-kejar nak beli kereta yang stylo macam brader-brader MLM,cukup la sekadar sebijik CBR 600RR buat tunggangan taktala gua nak pi layan bola di mapley.


Hari peminang tu,macam biasa la rombongan pi rumah pompuan.adab-adab bawak berapa puluh dulang semua gua kasi mak gua settlekan,gua kurang mahir.kalau boleh gua nak datang lambat sikit,baru dramatik.masuk je rumah pompuan,lepas pekena pantun dua tiga das,mesti mak pompuan 2 tanya camni.

"anaknya ni kerja apa..?"

lepas tu gua nak suruh mak gua jawab camni...

"anak saya ni kerja repair-repair je,ala-ala pomen gitu.kereta pun takde lagi,ada moto je sebijik."

Abis je ayat sebijik dari mulut mak gua tadi,gua sampai dengan CBR gua depan rumah tadi.kasi press 2-3 pam baru pulas kunci matikan moto.sampai depan pintu baru bukak fullface bagi salam kasi nampak anak yang soleh sikit.mak gua masa tu hanya mampu tersenyum dan angkat kening sikit membawa maksud 'Apa Macam....?!'